PENGURUSAN LAMBAKAN BAHAN KIMIA DI MAKMAL PENGAJARAN JABATAN KIMIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera, seperti yang diketahui umum bahan kimia banyak digunakan di dalam makmal kimia. lambakan ini adalah disebabkan beberapa faktor antaranya faktor penukaran manual pengajaran di dalam makmal.

Oleh kerana penukaran demi penukaran manual saban tahun mengikut keperluan semasa.  Bahan kimia di dalam makmal juga perlu ditukar mengikut keperluan manual pengajaran untuk disediakan oleh staf makmal. tanpa disedari oleh staf makmal bahan kimia yang disimpan untuk kegunaan manual pengajaran tahun sebelumnya yang telah pon dipohon sebelum nya telah tidak digunakan dan hanya disimpan di dalam stor makmal berkenaan. Oleh yang demikian berlakulah lambakan bahan kimia di stor makmal berkenaan.

Oleh itu, untuk menguruskan lambakan bahan ini saya menyeru kepada staf makmal yang berkenaan untuk memeriksa dan menyemak bahan kimia di makmal masing-masing dengan hanya menyimpan bahan kimia yang diperlukan untuk kegunaan manual sahaja di dalam stor makmal masing-masing. Ini dapat mengelakkan risiko bahan kimia tercemar dan tamat tarikh luput disimpan di dalam makmal sehingga mengganggu kesihatan staf makmal.

Pada pagi Isnin (4/1/2016) staf makmal tak organik di C10 telah berjaya melakukan pengurusan lambakan bahan kimia di makmal. Jika tidak keberatan sebelum bahan tersebut dihantar ke stor untuk simpanan bahan mengikut hazard secara selamat staf perlulah mencatatkan nama bahan, kuantiti, jenama bahan dan hazard bahan tersebut. Ini perlu untuk memudahkan simpanan bahan tersebut di dalam stor.

Berikut antara bahan bahan yang telah di catatkan oleh staf makmal

 

dan bahan kimia yang telah dihantar untuk disimpan di dalam stor

This slideshow requires JavaScript.

saya berharap makmal lain dapat mencontohi makmal tersebut sekaligus dapat mengurangkan risiko di dalam makmal masing-masing.

terima kasih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s