OBJEKTIF LAMAN STOR AM JABATAN KIMIA FAKULTI SAINS UTM

SECARA UMUMNYA TUJUAN DIWUJUDKAN LAMAN SESAWANG INI ADALAH UNTUK MEMBANTU PENSYARAH, STAF DAN PELAJAR DI JABATAN KIMIA , FAKULTI SAINS UTM UNTUK BERINTERAKSI SERTA MELIHAT BAHAN KIMIA YANG DISIMPAN DALAM INVENTORI STOR AM JABATAN.

INISIATIF INI DIAMBIL UNTUK MENJIMATKAN TENAGA DAN MASA YANG DIAMBIL OLEH PELAJAR DAN PENSYARAH UNTUK MENJALANKAN PENYELIDIKAN MEREKA. SEBELUM INI PIHAK STOR AM TELAH PUN MEMBUAT PERKHIDMATAN INI DI LAMAN FACEBOOK NAMUN BEGITU TERDAPAT SESETENGAH PELAJAR DAN PENSYARAH TIDAK DAPAT MENGGUNAKAN KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN LANTARAN MEREKA TIDAK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN FACEBOOK.

OLEH ITU UNTUK MELUASKAN PENGGUNAAN KEMUDAHAN INI SECARA DALAM TALIAN MAKA LAMAN INI DIHASILKAN UNTUK MEMUDAHKAN SEMUA PENSYARAH,PELAJAR DAN STAFF UNTUK MERASAI KEMUDAHAN INI.

DALAM MENGHARUNG ARUS KEMODENAN YANG PESAT JANGANLAH PULA KITA MENJADI KATAK DI DALAM TEMPURUNG KACA. KITA MELIHAT KEMAJUAN TEKNOLOGI DALAM RUMAH KITA TAPI MALANGNYA KITA TIDAK DAPAT MERASAI MALAHAN TIDAK TAHU PULA MENGGUNAKAN KEMUDAHAN DAN KEMAJUAN YANG ADA APETAH LAGI UNTUK MEMBANGUNKAN TEKNOLOGI. JANGAN KATAKAN HENDAK MENJADI UNIVERSITI TERBAIK DUNIA, MENJADI 50 UNIVERSITI TERBAIK DUNIA PUN KITA TIDAK AKAN MAMPU JIKA KITA MASIH HIDUP SEPERTI KATAK TADI.

MAKA DENGAN INI JUGA SAYA MENYERU KEPADA PARA PENSYARAH, PELAJAR DAN STAF DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, MARILAH KITA MEWUJUDKAN BUDAYA INOVASI INI DALAM USAHA KITA MEREALISASIKAN IMPIAN UNIVERSITI MENJADI UNIVERSITI TERBAIK DUNIA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s